Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan “TAKLIMAT KESIAPSIAGAAN BAGI MENGHADAPI RISIKO JANGKITAN MPOX DI MALAYSIA”.
Butiran Taklimat:
•Tarikh: 2 September 2024 (Isnin)
•Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
•Medium pengantaraan: Bahasa Malaysia
•Kaedah: Atas Talian Melalui Google Meet
https://meet.google.com/eyp-exvk-rvf
Taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai jangkitan monkeypox serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil.
Objektif Taklimat:
•Memahami penularan virus Mpox
•Mengenal pasti simptom-simptom awal jangkitan
•Mempelajari langkah-langkah pencegahan yang efektif
•Menjawab soalan berkaitan Mpox
Sasaran:
Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K)
Pendaftaran:
Untuk mengesahkan kehadiran, sila isi Google Form yang akan dikongsi semasa sesi taklimat. Sijil kehadiran akan diberikan dua (2) bulan selepas sesi taklimat dijalankan.